Novella : Alam Magika 2
Monday 21 November 2011 / 19:19 /Follow/Dashboard

Novella : Alam Magika 2
Sewaktu berada di istana…
Melur berasa seperti berada di syurga sewaktu dia melangkah masuk ke dalam Istana Carelide kepunyaan Permaisuri Alexandra.
“Melur, marilah datang ke mari. Saya ada sesuatu yang ingin ditunjukkan kepada awak.”
“Baiklah,” Melur berjalan menghampiri Permaisuri Alexandra.
“Melur,cuba kamu tengok ini!” Permaisuri Alexandra bersuara terkejut apabila dia melihat seorang budak lelaki menangis teresak-esak dan seorang perempuan yang berada dihadapan budak lelaki itu ketawa terbahak-bahak.
Melur yang melihat adiknya di seksa oleh seseorang ingin tahu di mana adiknya berada. Lantas dia bertanya kepada Permaisuri Alexandra. Permaisuri Alexandra pun menjawab,“Awak  jangan risau, bukankah saya mempunyai bebola Kristal. Biar saya lihat dimanakah tempatnya itu."
Selepas melihat melalui bebola kristal itu, Permaisuri Alexandra mendapat tahu tempat itu. Permaisuri Alexandra pun memberitahu Melur.
 “Melur, adika awak berada di Gua Icebern.”
“Dimanakah Gua Icebern itu?” Melur bertanya.
“Gua Icebern itu terletak diantara Taman Alam Maya dan Taman Tiga Alam.” Jawab Permaisuri Alexandra. Lantas Melur pun keluar dari Istana Carelide. Melur telah berjumpa seseorang yang menggelarkan dirinya Sanjie. Melur bertanya kepada lelaki itu .
“Dimanakah Taman Alam Maya dan Taman Tiga alam?”
Lelaki tersebut menjawab,“Taman Alam Maya dan Taman Tiga Alam di sana. Awak mahu cari apa? Mungkin saya boleh tolong.”
“Saya ingin cari adik saya yang berada di Gua Icebern.”jawab Melur.
“Apa! Tempat itu sangat bahaya kerana saya pernah mendengar cerita dari kawan saya bahawa di sana terdapat kuasa jahat.”kata lelaki itu.
“Walau apa pun yang terjadi saya tidak akan berputus asa kerana saya sangat sayang akan adik saya itu.”kata Melur dengan begitu tegas.
***
p/s : Fairytales will continued! Stay Tune!

Labels: ,





Novella : Alam Magika
/ 14:28 /Follow/Dashboard

Novella : Alam Magika

Pada zaman dahulu, terdapat sebuah keluarga yang kaya-raya dan hidup dengan aman-damai. Sejak kehadiran Memozia, keluarga itu menjadi huru-hara. Anak bongsu keluarga itu yang bernama Langar, telah dihasut oleh Memozia.

Langar telah memusnahkan barang yang berharga. Kakaknya, Melur telah menamatkan pelajarannya di Sekolah Kirin. Dia akan tinggal di rumah keluarganya sebentar.

Pada suatu hari, Langar telah keluar dari rumah sambil marah. Kakaknya Melur telah mencarinya setelah Langar tidak balik-balik sehingga senja mula mengangkat tirainya. Pada masa itu, Langar menyorok dibalik semak-samun.

Tiba-tiba, Langar terdengar suara perempuan menyanyi di dalam perigi yang berdekatan dengannya. Atas perigi tersebut telah diletakkan dengan kayu-kayan. Dengan segera, Langar mengalihkan kayu-kayan itu.  Langar terus mendengar dengan lebih teliti lagi.

Dia memasukkan kepalanya ke dalam perigi itu. Tiba-tiba, Langar telah hilang keseimbangan lalu terjatuh ke dalam perigi itu sambil menjerit meminta tolong. Pada waktu itu, Melur telah melihat Langar terjatuh ke dalam perigi. Lantas Melur berlari ke arah perigi untuk menyelamatkan adiknya, Langar.

Melur mencapai tali yang berada di salah satu  pokok disekitar itu. Melur mengikatkan tali tersebut di salah satu pokok. Dia pun turun ke dalam perigi tersebut. Malang tidak berbau, tali itu tidak kukuh maka Melur pun terjatuh ke dalam perigi tersebut.

Manakala, Langar ternampak sekumpulan perempuan yang memakai pakaian yang bewarna putih. Tiba-tiba, Langar telah dicekik oleh seorang perempuan yang tidak dikenalinya.

 “Apa pasal kau keluar pada waktu senja ini hah?! Kan dah kena cekik oleh pembantu aku! Wahahhahah!!” Perempuan itu berkata sambil ketawa terbahak-bahak. Pembantunya juga ikut ketawa.

“Woi, lepaskan aku! Apa yang engkau hendak dari aku?!”

 “Hehhehhe… Apa yang aku nak? Aku nak air mata kau! hehehhehehe..” Jawab perempuan itu dengan riak muka yang menakutkan. Langar terdiam.

Tanpa membuang masa, pembantu perempuan tersebut menarik leher Langar menggunakan tali. ke dalam kereta lembu. Dia membawa Langar  ke tapak persembunyiannya. Langar di kurung dalam sebuah rumah kecil yang diperbuat daripada rotan. Langar menangis teresak-esak.

Setiap kali Langar menangis, perempuan itu akan mengelap air mata Langar lalu diperah ke dalam satu baldi besar. Melur yang telah termasuk ke dalam alam tersebut telah bertanya mengenai adiknya kepada semua orang yang dia jumpa.

Namun tiap kali dia bertanya kepada orang yang dijumpainya pasti jawapannya menghampakan. Melur tidak berputus asa untuk mencari adiknya. Kali ini dia bertanya kepada seorang perempuan yang bernama Alexandra.

Alexandra merupakan seorang permaisuri di Istana Carelide. Istana Carelide ialah istana yang paling terbesar di alam itu. Permaisuri Alexandra menjawab soalan yang ditanyakan oleh Melur

“Oh, itu adik awakkah? Dia perpakaian seperti orang kaya.”

“Ya, adakah awak nampak adik saya itu?”

“Ya, saya ada ternampak adik awak yang dicekik oleh pembantu Memozia lalu dibawa masuk ke dalam kereta lembu yang dimiliki oleh orang jahat yang pernah menculik budak-budak kecil untuk diambil air matanya.”

“Jadi, adakah awak tahu dimana mereka membawa adik saya itu?”

“Saya tidak tahu dimana adik awak, tetapi saya boleh membantu mencari adik awak berpandukan bebola kristal yang berada bersama saya.”

***
p/s : The Fairytales will continue.. ^^

Labels: ,









● STATISTIC ●

Your ads here/stats here.

● BLOGGER ●

Name : Clara Rina!
Age :10 y/o!
Hobbies : Love to write and daydreaming >.<


● DAILY READS ●
● E-Novel ●

Novella : Alam Magika
1 2 3 4 5


● CREDITS ●

Designer: Little-Miss-Wendy
Basecode: A | B
Others: A | B | C | D